Saturday 18 January 2014

NIKAH VS BELAJAR

Alhamdulillah..tahun ni merupakan tahun ke-empat usia perkhawinan kawe. Dah ada Damia pun sebagai penyeri hidup kami. Tapi, sampai sekarang masih kedengaran soalan "killer" dari kawan-kawan terutama yang baru kawe kenal. "kenapa kawin awal sangat?"... Nah, bunyinya simple tapi perlu masa untuk menjawabnya..keh3. Panjang dan memeningkan jawapan die tapi kawe cuba susun ayat untuk kawan-kawan cuba faham tanpa perlu kawe hurai menggunakan peta minda atas kertas.. Kawe nikah masa umur kawe 23 tahun dan masa tu bini kawe 22. Tahun 2011, setahun setengah sebelum kawe tamatkan ijazah kawe.. tak pening kan?  



Sejarah ni bermula setahun selepas pemergian Samat bin Mat Jusoh a.k.a ayah kawe. Masa tu hidup sedikit goyah sebab kawe masih cuba untuk terima dengan redha takdir hidup kawe tanpa perlu menyalahkan diri kawe atau sesiapa pun tentang pemergian ayah. Tapi tu soal lain.. Tahun 2010, roomate kawe yang gemuk tu hampir setiap malam bersyarah mengenai manfaat nikah muda. Bosan, tapi kawe layankan juga sebab kalau tak layan takut nanti terasa..ha3. Siap suruh sama-sama minta izin untuk kawin kat keluarga nanti bila cuti sem. Gilakkkk.. Dalam kesendirian kawe, ada memikirkan soal masa depan dan soal hidup. Soal kesilapan dan peluang yang pernah terlepas dalam hidup. Terdetik dalam hati untuk nikah.. Kawe maklum kat si dia,pastu balik cuti kawe maklum kat umi kawe.. Kulit muka kawe yang tak beberapa nak licin ni terasa tebal 6 inci.. Umi terdiam,pastu dia cakap "Tanya Pak Uda, kalau dia bagi Umi pun bagi"...
Pak Uda ni merupakan adik kepada arwah ayah kawe, dia yang jaga keluarga kawe lepas ayah pergi.. Perbincangan ringkas dibuat dan dia bersetuju..fuhhh..lega baq ang...

Lupa nak cakap, kawe kawin ni ade beberapa tujuan..Pertama sebab sebagai tanda kawe ni tak sekadar main-main dalam soal hati. Kedua, kawe nak ceriakan balik keluarga kawe yang masih suram tu. Ketiga, kawe nak cuba untuk pikul tanggungjawab walaupun masih belajar, nikah tidak akan menghalang atau melalaikan pelajaran. Macam duduk di makmal nak buat eksperimen, radas dan bahan perlu disediakan. Kawe pun sediakan diri kawe dulu.. Baca buku, google sana sini tapi paling best bila tanya pengalaman orang. Macam-macam cerita kawe dengar.. 

Halangan sentiasa ada tak kira tempat. Susah juga kawe rasa kalau nak buat perkara baik ni. Mula-mula halangan dari mak-mak saudara kawe. Tadahkan saja telinga dan tak perlu cakap apa. Lama-lama yang tu setel. Pak Uda tolong merisik sebab dia tinggal di Kuantan, jadi senang nak ke Damansara rumahnya bakal mertua kawe..keh3. Next level, bertunang.. Tapi halangan dari pensyarah dan pihak maktab tu boleh tahan power la sebab kami dalam pengajian,sekelas dan kawe ni jenis yang selalu ponteng, naik turun unit Hal Ehwal Pelajar dan wanted oleh pensyarah Unit Bahasa Inggeris..kah3. Kawe bukan jahat pun, cuma ketololan kawe ni mereka tak mampu untuk bendung, tu yang jadi masalah tu..yiiiiiiiihaaaaaaaaaaaa
Naik turun kawe uruskan prosedur untuk nikah ni di pejabat, pemangku pengarah lak bekas ketua HEP sebab masa tu pengarah dan timbalan pengarah tak ada. Pasang dahhhhhh.. takat nama dan no i.c kawe ni dalam kepala dia je. Kerap sangat menghadap muka dia masa dia kat HEP dl.. Dia tak nak luluskan. Bermasalah sangat kawe ni katanya. Datang timbalan pengarah yang baru, borang kawe lulus.. jumpa kaunselor. Sejam dalam bilik kaunseling tu kawe gelak memanjang. Soalan-soalan remeh diacukan dan kawe tak mampu tahan gelak..soalan rahsia ok..kah3..akhirnya setel..


Amboi,sengih lebar kau Pah.. Dan saat ini kawe sedar halangan yang lebih besar akan melanda ruang otak kawe dan juga poket. Sebab tu kawe tak senyum..kah3..Pada yang bakal kawin atau yang baru kawin, kawe kongsikan pengalaman kawe sebagai panduan. Kawe bukan ustaz or kaunselor or orang lama bab nikah kawin ni tapi kalau ada yang situasi sama, mungkin boleh guna pendapat kawe.

Soal Duit.
Kawe dari keluarga yang biasa-biasa dan nikah masa belajar lagi jimat kalau kawe bandingkan dengan kawan-kawan yang kawin selepas berkerja. Kawe hias dulang sendiri, barang hantaran beli masa promosi dan bila jumpa satu,beli dan kumpul sikit-sikit. Baju nikah buat putih, sewa jaket n tengkolok. Pelamin kalau kira tak nak sebab kami tak nak sanding jadi kami buat pelamin macam orang bertunang tu sebagai back up kawan-kawan nak ambil gambar. Kalau kira-kira balik tak sampai 20k belanja dari bertunang sampai la selesai majlis nikah. Duit kawe sikit tapi selebihnya duit umi la..kah3
Lepas kawin lagi baanyak nak guna duit jadi macam-macam kena buat. Ambil upah buat assignment kawan yang PJJ, kawe jual keropok, kain, tolong jual belut pak sedara time cuti sem dan banyak lagi. Kalau rajin tanam cili, bendi, kacang botol situ dah boleh jimat RM10 seminggu untuk beli cili dan ulam..Rindu dengan kebun kawe.. Rancang duit kena pandai sebab kami pelajar. Balik kelas kawe masak, bini duk diam-diam dan tu minat kawe sebab dari kecil lagi arwah ayah dah ajar kawe masak. Nak apa-apa petik je dari kebun kawe tu. Kebun "hangat-hangat tahi ayam" kata bini kawe. Bila kebun mula keluarkan hasilnya, modal "hangat-hangat tahi ayam" tu kawe guna untuk perli dia..padan muka..kah3

Hati Dan Perasaan
Lepas kawin ni lelaki perlu mainkan peranan. Gaduh tu normal tapi cara menangani masalah tu yang penting.. Kadang-kadang soal remeh macam basuh seluar kawe yang belum kotor pon jadi isu. Baru kawin ni bagi kawe adalah proses mengenal pasangan. Akal yang waras sangat diperlukan, terutama lelaki. Kes cerai pasangan muda cukup banyak. Faktor utama kawe rasa sebab suami isteri tak nak mengalah. Sebelum nikah kawe dah selidik hal ni. Jadi kawe set dalam kepala kawe bahawa bini kawe lebih "tolol" dari kawe dan kawe perlu kawal "ketololan" kawe ni untuk handle dia. Bila bergaduh, kawe bagi dia merajuk dulu,bagi ruang dia tenang dan perlahan-lahan kawe pujuk. Kalau kawe yang merjuk kawe pujuk diri sendiri sebab bini memang failed bab pujuk memujuk...kah3.. apa-apa saja janji bahagia. Selalunya lepas dia dah ok, kawe akan bincangkan balik tindakan dia mana yang tak patut diulangi,apa yang patut dibuat. Siapa salah atau betul letak tepi dulu. Ego tu buang jauh-jauh sebab kita bila kawin nak hidup bersama untuk tempoh yang lam,bukan sebulan dua kan?kan?.. Langkah dia senang je, susun ayat, duduk dekat-dekat, bincang elok-elok..InsyaAllah selesai masaalah.. 

Peranan Orang Tua
Ni pula pesanan untuk mak ayah yang anak dia dah kawin. Bila mula pikul tanggungjawab sendiri, dugaan sebelum dewasanya akal akan kuat membadai. Seelok-eloknya ada masalah yang tak mampu diselesaikan, rujuk dulu mak ayah,pak sedara or siapa-siapa yang boleh dipercayai sebab mereka lebih berusia dan banyak pengalaman. Kalau segan, belajar melalui pemerhatian. Macam yang kawe buat. Nak tanya ayah dah tak boleh jadi kawe guna data-data dan pengalaman langsung kawe melihat arwah ayah handle rumahtangga dia. Seingat kawe sepanjang dia dengan umi, tak pernah mereka bergaduh. Kalau ada pun, ayah cakap-cakap,umi diam dan dengar..dalam 2 minit lepas tu duk gelak macam biasa.Gaduh ke gitu?kah3.. Kalau ada anak yang baru kawin, rajin-rajinlah untuk ajak bersembang mengenai perkhawinan mereka,kongsi pengalaman dan nasihat mana yang patut.. Kadang-kadang pasangan yang baru berkhawin ni malu nak cakap, kalau nampak anak diam,suram lepas nikah tu, tugas pak cik mak cik untuk selidik apa yang sebenarnaya berlaku. Secara tak langsung anak akan rasa dihargai dan dapat kurangkan stress mereka.. Biasa kawe tengok pasangan muda ni nampak tenang, tahu-tahu bercerai. Punca dia pendam masalah, bila orang tua tahu memang dah terlabat untuk penyelesaian..kesian..

Untuk lelaki
Kita lelaki, banyak tanggungjawab yang kita kena pikul. Sebelum demo buat keputusan untuk tawan hati mana-mana perempuan, persiapkan diri terlebih dahulu. Kita kawin sebab Nabi kita kawin. Dalam Al-Quran, dalam hadis banyak sebut cara untuk menguruskan rumahtangga, manfaat berumahtangga. Yang penting demo kena bersabar,mendidik dan mengajar bini-bini mengikut acuan yang kita mahu. Setiap orang berbeza dan kita kena faham perbezaan tu ada kekuatan dan kelemahannya. Ego kita ada masa perlu,ada masa tidak perlu. Sayangi bini seikhlasnya sebab dia sentiasa ada untuk sokong kita dibelakang kita walau apa jua yang terjadi..

Untuk perempuan
Kedudukan anda merupakan perempuan kedua dalam hati mana-mana lelaki selepas ibu lelaki tersebut. Anda dikawal ketat oleh emosi yang kadangkala anda tak perlukan. Dengar nasihat dan tunjuk ajar suami sebab mereka yang tanggung anda dunia akhirat. Belajar untuk patuh dan redho dengan setiap keputusan suami. Manfaatnya bukan di sini tetapi di akhirat kelak. Yang paling penting belajar kawal emosi..

Kesimpulannya kawe rasa keadaan kita yang kawal,macam mana yang kita nak. Tapi kalau dah takdir sebaliknya kita patut berserah pada Yang Kuasa sebab Dia yang menentukan jalan hidup kita. Tolol mana pun kawe, kawe tetap sayang umi dan bini kawe. Ni dah bertmbah sorang lagi perempuan dalam hidup kawe. Kena adil dan saksama la. Bini mengajar kat Melaka, kawe kat Kedah, umi lak kat Terengganu..cabaran sungguh..kawe tinggalkan demo dengan senyum dari awek baru kawe,Damia...






3 comments:

  1. Nice word Abe din... Keep'it up... Ya akn igt... Debo rasa dkt dgn hri nikah... Dh la kurg perknln... Hrp INI yg terbaik

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tahniah...satu pelajaran yang baik

    ReplyDelete