Friday 24 January 2014

MELATIH KEMAHIRAN BERFIKIR MURID

BERFIKIR

Berfikir mempunyai banyak definisi dan ramai ilmuan ternama telah menghujahkan definisi berfikir berdasarkan pendapat mereka yang tersendiri. Walau bagaimanapun kali ini kawe tidak mahu huraikan maksud berfikir, demo boleh rujuk link ni untuk definisi berfikir, jenis kemahiran berfikir dan contoh soalan berfikir :
http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kbkk.pdf

Tahun pertama kawe mengajar Matapelajaran Sains, kawe dapati diri kawe agak bercelaru dalam memastikan murid-murid menguasai keseluruhan isi pengajaran yang kawe sampaikan. Maklumlah kawe sebagai orang baru tercari-cari fomula terbaik untuk memudahkan pemahaman murid-murid kawe. Tahun ni kawe sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengajar Dunia Sains dan Teknologi untuk tahun 1. Kali ini kawe cuba memperbaiki kekurangan tahun lepas dengan menggunakan segala pendekatan yang ada untuk memastikan keberkesanan sesi pengajaran kawe.

Apabila mengajar Sains, kawe berpendapat bahawa kemahiran berfikir merupakan satu keutamaan yang akan mendorong murid untuk "menghadam" ilmu yang disampaikan. Namun begitu, murid-murid kawe secara purata masih lagi lemah aras kemahiran berfikir mereka. Jadi sambil-sambil mengajar kawe cuba membantu murid kawe untuk meningkatkan kemahiran mereka.


STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR MURID
Berikut adalah cara kawe meningkatkan kemahiran berfikir murid :

1. Arahan
Sebelum memulakan sesi pengajaran, kawe terlebih dahulu memberi arahan kepada murid bagi mengelakkan pembaziran masa sewaktu sesi pengajaran berlangsung. Pembaziran masa boleh berlaku apabila guru memberikan arahan yang sama secara berulang-ulang, murid memberikan respon/idea yang merapu-rapu serta membuat bising dan tidak memberi sepenuh tumpuan. Arahan kawe adalah seperti berikut.
a. Selepas guru selesai tanya soalan, murid diberi masa sekurang-kurangnya 3 saat untuk memikirkan jawapan.
b. Murid yang ingin menjawab perlu mengangkat tangan terlebih dahulu dalam keadaan diam.
c. Jawapan adalah berdasarkan soalan, hal lain atau cerita-cerita merapu tidak dibenarkan untuk diutarakan.
d. Murid boleh menyoal jika tidak faham selepas guru beri arahan untuk menyoal.

2. Fasa Pencetusan Idea
Dalam setiap sesi pengajaran yang dijalankan, kawe tidak pernah mengabaikan fasa pencetusan idea. Ini kerana kelebihan fasa pencetusan idea ini adalah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk berfikir, dan mencari idea mereka sendiri berdasarkan persoalan yang guru nyatakan. Dalam fasa ini, kawe juga berpeluang untuk mencungkil dan menilai pengetahuan sedia ada murid. Macam-macam jawapan murid berikan dalam fasa ni. Kadang-kadang boleh buat gelak kawe kat depan.. Kebiasaan kawe membuat Rancangan Pengajaran Harian adalah merujuk kepada "Needham's 5 phase". Boleh google untuk penerangan lanjut k..

Contohnya, bagi tajuk Haiwan, standard kandungan 3.1, standard pembelajaran 3.1.3 dan 3.1.4, iaitu untuk membanding beza bahagian tubuh haiwan dengan haiwan yang lain soalan yang kawe acukan adalah " perhatikan antara ayam dan juga ikan, adakah ayam dan ikan mempunyai ciri/bahagian tubuh yang sama?" atau " perhatikan gambarajah, apakah bahagian haiwan A yang berbeza dengan bahagian haiwan B?" . Kawe beri masa untuk murid berfikir sejenak, baru minta murid berikan jawapan.

3. Jenis soalan dan masa untuk murid fikir jawapan.
Jenis soalan juga memberi impak kepada pemikiran murid. Apa yang kawe perhatikan, murid apabila tidak faham soalan akan membuatkan mereka memberikan jawapan-jawapan yang merapu. Ataupun, apabila kawe terus minta jawapan selepas menyoal, situasi jawapan merapu juga akan terjadi. Ia kerana murid tiadak sempat berfikir, namun semangat untuk menjawab mendorong mereka untuk angkat tangan. Bila kawe tanya, mereka diam atau buat muka mahu start berfikir atau terus bagi jawapan merapu. Untuk atasi masalah ini kawe mulakan ayat kawe dengan soalan mudah seperti "adakah", "bagaimanakah", "bolehkah"..

Apabila respon murid semakin positif, barulah kawe minta mereka menyatakan sebab bagi jawapan mereka. Disini merekan akan berfikir bukan sekali tetapi dua kali. Satu, untuk menjawab soalan "adakah" yang kedua adalah berfikir untuk menyatakan sebab bagi jawapan mereka sebentar tadi.

4. Pemerhatian
Kebiasaannya kawe melatih murid untuk berfikir melalui pemerhatian mereka. Kawe gunakan bahan sebenar (realia), ataupun gambarjah untuk merid bandingkan sendiri persamaan atau perbezaan. Contoh dia macam bila kawe mengajar topik Tumbuhan. Kawe suka melihat gelagat murid-murid "ralit" ataupun leka dalam memerhati. Ia mengingatkan kawe diri kawe sendiri yang banyak berfikir/menilai melalui pemerhatian kawe. Dalam tempoh masa murid memerhati, kawe juga selingkan dengan beberapa arahan seperti "perhatikan daun pokok bunga kertas dan daun pokok keembung" atau ";lihat bagaimana batang keduadua pokok.sama atau tidak".. Jika nak harapkan murid untuk membuat 100% pemerhatian sendiri kawe bimbang mereka hanya perhatikan satu ciri sahaja jadi kawe "guide" mereka untuk memerhati dengan lebih luas aspek-aspek yang ada.

5.Membantu murid dalam penyampaian idea mereka
Kerap kawe jumpa murid yang mempunyai idea/jawapan bagi setiap soalan kawe acukan seakan-akan "loading" masa kawe minta dia beri jawapan. Ini menunjukkan murid tersebut berfikir cuma tak tahu nak huraikan jawapan. Matlamat kawe hampir berjaya iaitu untuk melahirkan murid yang selalu berfikir, jadi kawe bantu murid untuk menyampaikan jawapan. Apabila kawe bantu, kawe perhatikan murid akan jadi seronok dan kerap mengangkat tangan untuk memberi jawapan. Ia sedikit sebanyak memupuk semangat mereka untuk aktif dalam pembelajaran. Perasaan malu untuk menjawab murid juga semakin pudar. Dah ade yang jawab tu sebagai guru kawe kene puji murid. Pujian penting, motivasi untuk murid.

PENILAIAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN

Sepanjang tempoh 4 minggu pertama sesi persekolahan, kawe dapati murid semakin hari semakin dapat membiasakan diri dengan arahan yang kawe berikan. Mereka turut mempamerkan minat untuk belajar DST. Tambahan pula banyak aktiviti menarik yang boleh dijalankan dalam DST ini. Pengajaran kawe juga semakin lancar, kurang gangguan dan pembaziran masa dapat dikurangkan. Komunikasi dua hala antara kawe dan juga murid semakin memberangsangkan kerana jawapan yang diberikan semakin baik dan menepati soalan yang kawe berikan. Sangat berbeza jika kawe bandingkan dengan jawapan dahulu semasa kawe tidak melatih mereka.
Kawe masih baru dalam arena pendidikan ini,jadi sesiapa pun bebas untuk memberi komen. apa yang kawe kongsikan adalah dari pengalaman kawe. Bukan untuk mengajar sesiapa tetapi kalau situasi kita sama mungkin demo boleh cuba cara yang kawe gunakan ini.

No comments:

Post a Comment