Saturday 25 January 2014

GELEKAN "KUCING GEMUK"

Pemburuan Bermula
          Menyingkap tirai tahun baru, 2014 dengan azam dan semangat bagi ahli-ahli HARDCORE ANGLER'S demi untuk melengkapkan senarai tangkapan dan memperbaharui lesen sedia ada. Tahun 2014 tutrut dimeriahkan lagi dengan penambahan ahli baru dek terkena "racun" dari kawan-kawan. Bagi kawe, secalit lumpur biar sama kena. Baru boleh jadi geng.Betul tak?keh3.. Dalam kesibukan dengan persediaan kelengkapan keluarga serta tuntutan kerja, kawe dan beberapa orang ahli Hardcore Anglers masih sempat untuk mencuri ruang demi menghilangkan gian. Maklum sajalah, asyik kena racun dari orang. Trip pertama Kawe, Anis, Mie, Mamu, Taufik dan Mat Ket mengambil keputusan untuk menerjah lubuk sawit Tikam Batu. Ladang sawit usang yang selalu kami duga tahun lepas namun hasilnya tidaklah seberapa. Kali ini kami terkejut kerana ladang tersebut dalam proses penanaman semula sedang giat dijalankan. Pepohon sawit tua ditebang, semak samun dibersihkan dan yang paling penting parit-parit dikorek menambah kedalaman. Ya,syurga..
          Haruan dan bujuk yang lama betapa dalam rumput-rumput tebal berselerakkan mencari tempat perlindungan baru. Tapi yang pastinya, kawe bukan mahu ceritakan tentang lubuk tersebut. Kalau cerita lebih-lebih bimbang nanti menjadi racun..keh3.. Seperti biasa, kami menggunakan katak plastik dan jump frog sebagai taruhan. Haruan dan bujuk ni kalau main top-water memang layan habis. Bunyi sambaran diiringi dengan percikan air cukup mengujakan. Singgah di satu lubuk, Anis yang berjaya menaikkan seekor bujuk..Petang tersebut sedikit hambar kerana tidak banyak mangsa yang dapat didaratkan walaupun strike berlambak-lambak. Percubaan demi percubaan menggunakan katak plastik yang kami lakukan seakan menemui jalan buntu. 
         Sekali lagi Anis menjadi hero. Dalam diam dia dapat menaikkan haruan bagak berskala 1kg lebih. Bukan hasil menggunakan katak plastik tetapi menggunakan "KUCING GEMUK".

                                                                     
                                 Strike pro Fat Cat 55, model no : WD-015, color code: 010V

          "Kucing Gemuk" mempunyai ukuran badan sepanjang 5.5cm, diperbuat dari kayu balsa dan terapung, selaman maksimum adalah 0.5 meter. Manakala beratnya pula adalah 10.7g . Apa yang istimewa??..Yang tu biar gambar yang jawab.

                                                                  sifuuu...ha3

Gelekan kucing gemuk ni kawe rasakan cukup hebat. Mana tidaknya, haruan skala 1kg ke atas saja yang rancak menghentam gewang ni. Air keruh ke, air gelap ke, tak ada beza. Tetap kena hentam. Cuci mata dulu ye..






         Sifu Taufik yang turut menggunakan fat cat ini juga mendapat hasil lumayan. Fat cat telah berjaya menaikkan nama Sifu Taufik sehingga dia mendapat title "Raja Ruan".. keh3.. Ni sebahagian dari gambar hasil Taufik.


          Pada saat orang lain kumpau pun dia sibuk duk tarik ikan. Memang ikan haruan minat dia kot. Kawe pon tak pasti ayat apa dia guna...Kah3


         Trip seterusnya disertai oleh Mastersifu  Bae' dan  Yassin. Mereka pun tak tahan melihat post gambar-gambar haruan dalam group Hardcore Angler's hasil dari lubuk sawit ni. Yang paling bertuah Bae sebab dia hanyirkan fat rap barunya dengan bujuk...Kompem mata kawe berdarah masa tu sebab rasa macam kabur-kabur saja masa tengok bujuk tu..keh3.


     Terbukti berkesan gewang strike pro ni tapi kena ingat, rezeki bukan dari gewang. Rezeki dari Allah..yang penting usaha dan teknik kena betul..ye dak?

Friday 24 January 2014

MELATIH KEMAHIRAN BERFIKIR MURID

BERFIKIR

Berfikir mempunyai banyak definisi dan ramai ilmuan ternama telah menghujahkan definisi berfikir berdasarkan pendapat mereka yang tersendiri. Walau bagaimanapun kali ini kawe tidak mahu huraikan maksud berfikir, demo boleh rujuk link ni untuk definisi berfikir, jenis kemahiran berfikir dan contoh soalan berfikir :
http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kbkk.pdf

Tahun pertama kawe mengajar Matapelajaran Sains, kawe dapati diri kawe agak bercelaru dalam memastikan murid-murid menguasai keseluruhan isi pengajaran yang kawe sampaikan. Maklumlah kawe sebagai orang baru tercari-cari fomula terbaik untuk memudahkan pemahaman murid-murid kawe. Tahun ni kawe sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengajar Dunia Sains dan Teknologi untuk tahun 1. Kali ini kawe cuba memperbaiki kekurangan tahun lepas dengan menggunakan segala pendekatan yang ada untuk memastikan keberkesanan sesi pengajaran kawe.

Apabila mengajar Sains, kawe berpendapat bahawa kemahiran berfikir merupakan satu keutamaan yang akan mendorong murid untuk "menghadam" ilmu yang disampaikan. Namun begitu, murid-murid kawe secara purata masih lagi lemah aras kemahiran berfikir mereka. Jadi sambil-sambil mengajar kawe cuba membantu murid kawe untuk meningkatkan kemahiran mereka.


STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR MURID
Berikut adalah cara kawe meningkatkan kemahiran berfikir murid :

1. Arahan
Sebelum memulakan sesi pengajaran, kawe terlebih dahulu memberi arahan kepada murid bagi mengelakkan pembaziran masa sewaktu sesi pengajaran berlangsung. Pembaziran masa boleh berlaku apabila guru memberikan arahan yang sama secara berulang-ulang, murid memberikan respon/idea yang merapu-rapu serta membuat bising dan tidak memberi sepenuh tumpuan. Arahan kawe adalah seperti berikut.
a. Selepas guru selesai tanya soalan, murid diberi masa sekurang-kurangnya 3 saat untuk memikirkan jawapan.
b. Murid yang ingin menjawab perlu mengangkat tangan terlebih dahulu dalam keadaan diam.
c. Jawapan adalah berdasarkan soalan, hal lain atau cerita-cerita merapu tidak dibenarkan untuk diutarakan.
d. Murid boleh menyoal jika tidak faham selepas guru beri arahan untuk menyoal.

2. Fasa Pencetusan Idea
Dalam setiap sesi pengajaran yang dijalankan, kawe tidak pernah mengabaikan fasa pencetusan idea. Ini kerana kelebihan fasa pencetusan idea ini adalah untuk memberi ruang kepada murid-murid untuk berfikir, dan mencari idea mereka sendiri berdasarkan persoalan yang guru nyatakan. Dalam fasa ini, kawe juga berpeluang untuk mencungkil dan menilai pengetahuan sedia ada murid. Macam-macam jawapan murid berikan dalam fasa ni. Kadang-kadang boleh buat gelak kawe kat depan.. Kebiasaan kawe membuat Rancangan Pengajaran Harian adalah merujuk kepada "Needham's 5 phase". Boleh google untuk penerangan lanjut k..

Contohnya, bagi tajuk Haiwan, standard kandungan 3.1, standard pembelajaran 3.1.3 dan 3.1.4, iaitu untuk membanding beza bahagian tubuh haiwan dengan haiwan yang lain soalan yang kawe acukan adalah " perhatikan antara ayam dan juga ikan, adakah ayam dan ikan mempunyai ciri/bahagian tubuh yang sama?" atau " perhatikan gambarajah, apakah bahagian haiwan A yang berbeza dengan bahagian haiwan B?" . Kawe beri masa untuk murid berfikir sejenak, baru minta murid berikan jawapan.

3. Jenis soalan dan masa untuk murid fikir jawapan.
Jenis soalan juga memberi impak kepada pemikiran murid. Apa yang kawe perhatikan, murid apabila tidak faham soalan akan membuatkan mereka memberikan jawapan-jawapan yang merapu. Ataupun, apabila kawe terus minta jawapan selepas menyoal, situasi jawapan merapu juga akan terjadi. Ia kerana murid tiadak sempat berfikir, namun semangat untuk menjawab mendorong mereka untuk angkat tangan. Bila kawe tanya, mereka diam atau buat muka mahu start berfikir atau terus bagi jawapan merapu. Untuk atasi masalah ini kawe mulakan ayat kawe dengan soalan mudah seperti "adakah", "bagaimanakah", "bolehkah"..

Apabila respon murid semakin positif, barulah kawe minta mereka menyatakan sebab bagi jawapan mereka. Disini merekan akan berfikir bukan sekali tetapi dua kali. Satu, untuk menjawab soalan "adakah" yang kedua adalah berfikir untuk menyatakan sebab bagi jawapan mereka sebentar tadi.

4. Pemerhatian
Kebiasaannya kawe melatih murid untuk berfikir melalui pemerhatian mereka. Kawe gunakan bahan sebenar (realia), ataupun gambarjah untuk merid bandingkan sendiri persamaan atau perbezaan. Contoh dia macam bila kawe mengajar topik Tumbuhan. Kawe suka melihat gelagat murid-murid "ralit" ataupun leka dalam memerhati. Ia mengingatkan kawe diri kawe sendiri yang banyak berfikir/menilai melalui pemerhatian kawe. Dalam tempoh masa murid memerhati, kawe juga selingkan dengan beberapa arahan seperti "perhatikan daun pokok bunga kertas dan daun pokok keembung" atau ";lihat bagaimana batang keduadua pokok.sama atau tidak".. Jika nak harapkan murid untuk membuat 100% pemerhatian sendiri kawe bimbang mereka hanya perhatikan satu ciri sahaja jadi kawe "guide" mereka untuk memerhati dengan lebih luas aspek-aspek yang ada.

5.Membantu murid dalam penyampaian idea mereka
Kerap kawe jumpa murid yang mempunyai idea/jawapan bagi setiap soalan kawe acukan seakan-akan "loading" masa kawe minta dia beri jawapan. Ini menunjukkan murid tersebut berfikir cuma tak tahu nak huraikan jawapan. Matlamat kawe hampir berjaya iaitu untuk melahirkan murid yang selalu berfikir, jadi kawe bantu murid untuk menyampaikan jawapan. Apabila kawe bantu, kawe perhatikan murid akan jadi seronok dan kerap mengangkat tangan untuk memberi jawapan. Ia sedikit sebanyak memupuk semangat mereka untuk aktif dalam pembelajaran. Perasaan malu untuk menjawab murid juga semakin pudar. Dah ade yang jawab tu sebagai guru kawe kene puji murid. Pujian penting, motivasi untuk murid.

PENILAIAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN

Sepanjang tempoh 4 minggu pertama sesi persekolahan, kawe dapati murid semakin hari semakin dapat membiasakan diri dengan arahan yang kawe berikan. Mereka turut mempamerkan minat untuk belajar DST. Tambahan pula banyak aktiviti menarik yang boleh dijalankan dalam DST ini. Pengajaran kawe juga semakin lancar, kurang gangguan dan pembaziran masa dapat dikurangkan. Komunikasi dua hala antara kawe dan juga murid semakin memberangsangkan kerana jawapan yang diberikan semakin baik dan menepati soalan yang kawe berikan. Sangat berbeza jika kawe bandingkan dengan jawapan dahulu semasa kawe tidak melatih mereka.
Kawe masih baru dalam arena pendidikan ini,jadi sesiapa pun bebas untuk memberi komen. apa yang kawe kongsikan adalah dari pengalaman kawe. Bukan untuk mengajar sesiapa tetapi kalau situasi kita sama mungkin demo boleh cuba cara yang kawe gunakan ini.

Wednesday 22 January 2014

KAJIAN TINDAKAN : PETA MINDA BERGAMBAR

PENGGUNAAN KAEDAH PETA MINDA BERGAMBAR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID BAGI TOPIK  “PERUBAHAN KEADAAN JIRIM”
Hasamuddin bin Samat
Asmah binti Samin

Abstrak

Kajian menggunakan kaedah peta minda bergambar untuk meningkatkan penguasaan murid dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim”.  Peta minda bergambar adalah hasil gabungan peta minda dan gambar-gambar berkaitan proses-proses yang terlibat dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim”. Kajian dilakukan ke atas 10 orang responden Tahun 5 berpencapaian rendah dalam ujian pertengahan tahun.  Pengumpulan data kajian iaitu dari markah ujian pra dan pasca, temubual, hasil kerja responden serta rekod anekdot. Dapatan kajian menunjukkan kaedah peta minda bergambar membantu responden menguasai topik “Perubahan Keadaan Jirim” berdasarkan peningkatan melebihi 30% pada markah ujian akhir yang melonjakkan mereka pada tahap cemerlang. Hasil kerja responden juga menunjukkan peningkatan penguasaan dan kreativiti mereka dalam membina peta minda bergambar. Responden turut bersetuju bahawa kaedah ini membantu mereka menguasai topik ini berdasarkan temubual yang dilakukan.

1.0 REFLEKSI P&P

Setelah selesai sesi pengajaran dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim”, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan murid masih belum dapat menguasai topik ini. Murid kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan yang kemukakan kepada mereka. Penguasaan mereka dalam pembelajaran sangat mendukacitaka. Setelah meneliti masalah ini, pengkaji mendapati bahawa teknik pengajaran perbincangan kumpulan yang digunakan tidak bersesuaian dengan tahap pemikiran murid dalam kelas tersebut. Ia menyebabkan murid tidak faham, mudah lupa dan tidak berminat untuk mengikuti sesi pengajaran. Akibatnya, murid tidak dapat menguasai topik ini sepenuhnya.

2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji mendapati bahawa murid sukar untuk memahami dan mengingati fakta serta proses-proses yang terlibat dalam perubahan keadaan jirim seperti pembekuan, pendidihan, peleburan, kondensasi dan penyejatan. Walaupun telah diterang berulang kali, murid masih belum dapat memahaminya. Kebolehan murid memahami isi pengajaran merupakan elemen yang ingin ditingkatkan supaya hasil pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pengajaran menggunaan peta minda bergambar dalam meningkatkan penguasaan murid dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim” . Menurut Kandar (2006) menyatakan bahawa peta minda merupakan alat berfikir yang sangat berguna. Manakala menurut Tony Buzan, (2010) yang menyatakan bahawa daya ingatan bertambah baik apabila pelbagai warna dan imej digunakan untuk mencatat nota peta minda.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim” menggunakan kaedah peta minda bergambar.
3.2 Mengenalpasti bagaimana penggunaan peta minda bergambar dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim”.
3.3 Meningkatkan minat murid terhadap pengajaran topik “Perubahan Keadaan Jirim” dengan penggunaan peta minda bergambar .



Soalan kajian
Bagaimanakah penggunaan peta minda bergambar dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim”?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian dijalankan ke atas sepuluh orang murid Tahun 5 Bestari yang mendapat markah terendah dalam ujian pertengahan tahun bagi subjek Sains.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Rekabentuk intervensi 


Peta minda bergambar yang adalah hasil gabungan peta minda yang bertajuk “Perubahan Keadaan Jirim” dengan gambar-gambar sebagai contoh kepada proses berkaitan dan dilukis pada kertas mahjong. Gambar tersebut dilukis sendiri oleh pengkaji dan penyediaan peta minda bergambar dilakukan sebelum memulakan sesi pengajaran. Pengkaji menggunakan warna-warna yang menarik pada gambar serta anak panah yang terdapat dalam peta minda tersebut  

5.2 Penggunaan peta minda bergambar
Langkah 1: Pengkaji mula menggunakan peta minda bergambar pada set pergstrukturan idea untuk menerangkan proses-proses dalam perubahan keadaan jirim.
Langkah 2: Pengkaji menerangkan secara ringkas cara untuk membina peta minda kepada responden.
Langkah 3: Pada set pengstrukturan idea, responden diminta membina peta minda dalam kumpulan.

6.0 DAPATAN

6.1 Markah Ujian Pra dan Pos




Rajah 6.1: Carta bar peratusan peningkatan markah

Secara keseluruhan, peratusan kenaikkan markah ujian responden adalah sebanyak 30% sehingga 40%. Peratus peningkatan markah ujian ini menunjukkan responden telah dapat menguasai isi pengajaran dengan baik. Pengkaji berpendapat bahawa responden telah dapat memahami dan mengingati proses-proses dalam perubahan jirim. Hal ini membolehkan responden menjawab soalan ujian yang diberikan.

6.2 Hasil kerja responden
Dari hasil kerja responden pula menunjukkan bahawa mereka lebih mudah mengingati fakta-fakta yang ditulis dengan ringkas berbanding nota-nota yang panjang. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan warna dan lukisan yang menarik membantu menguatkan daya ingatan responden terhadap apa yang telah dilihat dan dibaca.

6.3 Rekod Anekdot
Menerusi Rekod Anekdot, pengkaji mendapati bahawa penggunaan peta minda bergambar juga menambah minat responden untuk mengikuti pembelajaran.                                                  Kesemua responden teruja dan tertarik dengan gambar dan warna pada peta minda yang digunakan. Pengkaji merasakan minat dan keseronokkan boleh melahirkan motivasi berterusan untuk belajar.

6.4 Temubual
Hasil dari temubual yang dijalankan juga menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa kaedah pengguanaan peta minda bergambar ini membantu mereka memahami proses-proses dalam topik “Perubahan Keadaan Jirim”. Mereka juga berpendapat bahawa kaedah pengajaran menggunakan peta minda bergambar ini menyeronokkan.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian ini boleh dicuba pada murid-murid cemerlang bagi membantu mengembangkan daya pemikiran mereka. Kajian ini juga boleh dipertingkatkan dengan memberi peluang secara individu kepada murid untuk membina peta minda bergambar mereka. Selain itu, peta minda ini boleh dicuba pada murid dibawah usia 11 tahun bagi menilai keberkesanannya. Sebagai contoh pada murid berusia 9 tahun. Ini adalah kerana kanak-kanak lebih berminat pada warna dan lukisan.

RUJUKAN

Peta Minda Tony Buzan (2010)-Akhbar online dilayari pada 1 September 2012
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0322&pub=Kosmo&sec= RencanaUtama&pg=ru_01.htm

   Widad Othman dan Kandar Selamat (2006). “Types of Learning” in Module “Teaching Methods in Technical and Vocational Education.” Kuala Lumpur: PD Offset Sdn. Bhd. 

Saturday 18 January 2014

NIKAH VS BELAJAR

Alhamdulillah..tahun ni merupakan tahun ke-empat usia perkhawinan kawe. Dah ada Damia pun sebagai penyeri hidup kami. Tapi, sampai sekarang masih kedengaran soalan "killer" dari kawan-kawan terutama yang baru kawe kenal. "kenapa kawin awal sangat?"... Nah, bunyinya simple tapi perlu masa untuk menjawabnya..keh3. Panjang dan memeningkan jawapan die tapi kawe cuba susun ayat untuk kawan-kawan cuba faham tanpa perlu kawe hurai menggunakan peta minda atas kertas.. Kawe nikah masa umur kawe 23 tahun dan masa tu bini kawe 22. Tahun 2011, setahun setengah sebelum kawe tamatkan ijazah kawe.. tak pening kan?  



Sejarah ni bermula setahun selepas pemergian Samat bin Mat Jusoh a.k.a ayah kawe. Masa tu hidup sedikit goyah sebab kawe masih cuba untuk terima dengan redha takdir hidup kawe tanpa perlu menyalahkan diri kawe atau sesiapa pun tentang pemergian ayah. Tapi tu soal lain.. Tahun 2010, roomate kawe yang gemuk tu hampir setiap malam bersyarah mengenai manfaat nikah muda. Bosan, tapi kawe layankan juga sebab kalau tak layan takut nanti terasa..ha3. Siap suruh sama-sama minta izin untuk kawin kat keluarga nanti bila cuti sem. Gilakkkk.. Dalam kesendirian kawe, ada memikirkan soal masa depan dan soal hidup. Soal kesilapan dan peluang yang pernah terlepas dalam hidup. Terdetik dalam hati untuk nikah.. Kawe maklum kat si dia,pastu balik cuti kawe maklum kat umi kawe.. Kulit muka kawe yang tak beberapa nak licin ni terasa tebal 6 inci.. Umi terdiam,pastu dia cakap "Tanya Pak Uda, kalau dia bagi Umi pun bagi"...
Pak Uda ni merupakan adik kepada arwah ayah kawe, dia yang jaga keluarga kawe lepas ayah pergi.. Perbincangan ringkas dibuat dan dia bersetuju..fuhhh..lega baq ang...

Lupa nak cakap, kawe kawin ni ade beberapa tujuan..Pertama sebab sebagai tanda kawe ni tak sekadar main-main dalam soal hati. Kedua, kawe nak ceriakan balik keluarga kawe yang masih suram tu. Ketiga, kawe nak cuba untuk pikul tanggungjawab walaupun masih belajar, nikah tidak akan menghalang atau melalaikan pelajaran. Macam duduk di makmal nak buat eksperimen, radas dan bahan perlu disediakan. Kawe pun sediakan diri kawe dulu.. Baca buku, google sana sini tapi paling best bila tanya pengalaman orang. Macam-macam cerita kawe dengar.. 

Halangan sentiasa ada tak kira tempat. Susah juga kawe rasa kalau nak buat perkara baik ni. Mula-mula halangan dari mak-mak saudara kawe. Tadahkan saja telinga dan tak perlu cakap apa. Lama-lama yang tu setel. Pak Uda tolong merisik sebab dia tinggal di Kuantan, jadi senang nak ke Damansara rumahnya bakal mertua kawe..keh3. Next level, bertunang.. Tapi halangan dari pensyarah dan pihak maktab tu boleh tahan power la sebab kami dalam pengajian,sekelas dan kawe ni jenis yang selalu ponteng, naik turun unit Hal Ehwal Pelajar dan wanted oleh pensyarah Unit Bahasa Inggeris..kah3. Kawe bukan jahat pun, cuma ketololan kawe ni mereka tak mampu untuk bendung, tu yang jadi masalah tu..yiiiiiiiihaaaaaaaaaaaa
Naik turun kawe uruskan prosedur untuk nikah ni di pejabat, pemangku pengarah lak bekas ketua HEP sebab masa tu pengarah dan timbalan pengarah tak ada. Pasang dahhhhhh.. takat nama dan no i.c kawe ni dalam kepala dia je. Kerap sangat menghadap muka dia masa dia kat HEP dl.. Dia tak nak luluskan. Bermasalah sangat kawe ni katanya. Datang timbalan pengarah yang baru, borang kawe lulus.. jumpa kaunselor. Sejam dalam bilik kaunseling tu kawe gelak memanjang. Soalan-soalan remeh diacukan dan kawe tak mampu tahan gelak..soalan rahsia ok..kah3..akhirnya setel..


Amboi,sengih lebar kau Pah.. Dan saat ini kawe sedar halangan yang lebih besar akan melanda ruang otak kawe dan juga poket. Sebab tu kawe tak senyum..kah3..Pada yang bakal kawin atau yang baru kawin, kawe kongsikan pengalaman kawe sebagai panduan. Kawe bukan ustaz or kaunselor or orang lama bab nikah kawin ni tapi kalau ada yang situasi sama, mungkin boleh guna pendapat kawe.

Soal Duit.
Kawe dari keluarga yang biasa-biasa dan nikah masa belajar lagi jimat kalau kawe bandingkan dengan kawan-kawan yang kawin selepas berkerja. Kawe hias dulang sendiri, barang hantaran beli masa promosi dan bila jumpa satu,beli dan kumpul sikit-sikit. Baju nikah buat putih, sewa jaket n tengkolok. Pelamin kalau kira tak nak sebab kami tak nak sanding jadi kami buat pelamin macam orang bertunang tu sebagai back up kawan-kawan nak ambil gambar. Kalau kira-kira balik tak sampai 20k belanja dari bertunang sampai la selesai majlis nikah. Duit kawe sikit tapi selebihnya duit umi la..kah3
Lepas kawin lagi baanyak nak guna duit jadi macam-macam kena buat. Ambil upah buat assignment kawan yang PJJ, kawe jual keropok, kain, tolong jual belut pak sedara time cuti sem dan banyak lagi. Kalau rajin tanam cili, bendi, kacang botol situ dah boleh jimat RM10 seminggu untuk beli cili dan ulam..Rindu dengan kebun kawe.. Rancang duit kena pandai sebab kami pelajar. Balik kelas kawe masak, bini duk diam-diam dan tu minat kawe sebab dari kecil lagi arwah ayah dah ajar kawe masak. Nak apa-apa petik je dari kebun kawe tu. Kebun "hangat-hangat tahi ayam" kata bini kawe. Bila kebun mula keluarkan hasilnya, modal "hangat-hangat tahi ayam" tu kawe guna untuk perli dia..padan muka..kah3

Hati Dan Perasaan
Lepas kawin ni lelaki perlu mainkan peranan. Gaduh tu normal tapi cara menangani masalah tu yang penting.. Kadang-kadang soal remeh macam basuh seluar kawe yang belum kotor pon jadi isu. Baru kawin ni bagi kawe adalah proses mengenal pasangan. Akal yang waras sangat diperlukan, terutama lelaki. Kes cerai pasangan muda cukup banyak. Faktor utama kawe rasa sebab suami isteri tak nak mengalah. Sebelum nikah kawe dah selidik hal ni. Jadi kawe set dalam kepala kawe bahawa bini kawe lebih "tolol" dari kawe dan kawe perlu kawal "ketololan" kawe ni untuk handle dia. Bila bergaduh, kawe bagi dia merajuk dulu,bagi ruang dia tenang dan perlahan-lahan kawe pujuk. Kalau kawe yang merjuk kawe pujuk diri sendiri sebab bini memang failed bab pujuk memujuk...kah3.. apa-apa saja janji bahagia. Selalunya lepas dia dah ok, kawe akan bincangkan balik tindakan dia mana yang tak patut diulangi,apa yang patut dibuat. Siapa salah atau betul letak tepi dulu. Ego tu buang jauh-jauh sebab kita bila kawin nak hidup bersama untuk tempoh yang lam,bukan sebulan dua kan?kan?.. Langkah dia senang je, susun ayat, duduk dekat-dekat, bincang elok-elok..InsyaAllah selesai masaalah.. 

Peranan Orang Tua
Ni pula pesanan untuk mak ayah yang anak dia dah kawin. Bila mula pikul tanggungjawab sendiri, dugaan sebelum dewasanya akal akan kuat membadai. Seelok-eloknya ada masalah yang tak mampu diselesaikan, rujuk dulu mak ayah,pak sedara or siapa-siapa yang boleh dipercayai sebab mereka lebih berusia dan banyak pengalaman. Kalau segan, belajar melalui pemerhatian. Macam yang kawe buat. Nak tanya ayah dah tak boleh jadi kawe guna data-data dan pengalaman langsung kawe melihat arwah ayah handle rumahtangga dia. Seingat kawe sepanjang dia dengan umi, tak pernah mereka bergaduh. Kalau ada pun, ayah cakap-cakap,umi diam dan dengar..dalam 2 minit lepas tu duk gelak macam biasa.Gaduh ke gitu?kah3.. Kalau ada anak yang baru kawin, rajin-rajinlah untuk ajak bersembang mengenai perkhawinan mereka,kongsi pengalaman dan nasihat mana yang patut.. Kadang-kadang pasangan yang baru berkhawin ni malu nak cakap, kalau nampak anak diam,suram lepas nikah tu, tugas pak cik mak cik untuk selidik apa yang sebenarnaya berlaku. Secara tak langsung anak akan rasa dihargai dan dapat kurangkan stress mereka.. Biasa kawe tengok pasangan muda ni nampak tenang, tahu-tahu bercerai. Punca dia pendam masalah, bila orang tua tahu memang dah terlabat untuk penyelesaian..kesian..

Untuk lelaki
Kita lelaki, banyak tanggungjawab yang kita kena pikul. Sebelum demo buat keputusan untuk tawan hati mana-mana perempuan, persiapkan diri terlebih dahulu. Kita kawin sebab Nabi kita kawin. Dalam Al-Quran, dalam hadis banyak sebut cara untuk menguruskan rumahtangga, manfaat berumahtangga. Yang penting demo kena bersabar,mendidik dan mengajar bini-bini mengikut acuan yang kita mahu. Setiap orang berbeza dan kita kena faham perbezaan tu ada kekuatan dan kelemahannya. Ego kita ada masa perlu,ada masa tidak perlu. Sayangi bini seikhlasnya sebab dia sentiasa ada untuk sokong kita dibelakang kita walau apa jua yang terjadi..

Untuk perempuan
Kedudukan anda merupakan perempuan kedua dalam hati mana-mana lelaki selepas ibu lelaki tersebut. Anda dikawal ketat oleh emosi yang kadangkala anda tak perlukan. Dengar nasihat dan tunjuk ajar suami sebab mereka yang tanggung anda dunia akhirat. Belajar untuk patuh dan redho dengan setiap keputusan suami. Manfaatnya bukan di sini tetapi di akhirat kelak. Yang paling penting belajar kawal emosi..

Kesimpulannya kawe rasa keadaan kita yang kawal,macam mana yang kita nak. Tapi kalau dah takdir sebaliknya kita patut berserah pada Yang Kuasa sebab Dia yang menentukan jalan hidup kita. Tolol mana pun kawe, kawe tetap sayang umi dan bini kawe. Ni dah bertmbah sorang lagi perempuan dalam hidup kawe. Kena adil dan saksama la. Bini mengajar kat Melaka, kawe kat Kedah, umi lak kat Terengganu..cabaran sungguh..kawe tinggalkan demo dengan senyum dari awek baru kawe,Damia...